KEMPEN WAKAF 100 RIBU NASKAH
AL-QURAN DAN KITAB-KITAB AGAMA
UNTUK KEPERLUAN MAAHAD-MAAHAD TAHFIZ, PONDOK-PONDOK, INSTITUSI PENDIDIKAN, MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU SERTA KEPERLUAN MASYARAKAT ISLAM SELURUH NEGARA.
KELEBIHAN BERWAKAF
Allah SWT telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu
agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi
sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah
seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula
terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Allah SWT berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”
Rasulullah SAW sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud :
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
HIKMAH IBADAH WAKAF
- Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
- Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
- Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syiar Islam.
- Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah.
- Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya.
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH INI?
TIDAK TAHU
Tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai untuk berwakaf
RISAU TIDAK SAMPAI
Nak menderma tetapi risau tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya
TIADA MASA
Tiada masa nak membeli Al-Quran dan mencari tempat untuk edaran
SEMUA MASALAH TERSEBUT SELESAI BERSAMA PROGRAM WAKAF AL-QURAN
DAN KITAB-KITAB AGAMA YAYASAN PEMBANGUNAN AN NASRI
Program Wakaf Al-Quran dan Kitab-kitab Agama merupakan platform untuk memudahkan anda membuat
sumbangan wakaf ke seluruh negara. Melalui platform ini, anda tidak perlu lagi risau
sumbangan anda tidak sampai kepada penerima dan memudahkan proses sumbangan wakaf
anda dengan cepat dan mudah.
KADAR WAKAF AL-QURAN DAN KITAB AGAMA
RM 60.00 SENASKAH AL-QURAN TERJEMAHAN
RM 35.00 SENASKAH AL-QURAN TIADA TERJEMAHAN
RM 50.00 SATU SET KITAB AGAMA
JOM BERWAKAF UNTUK BEKALAN AKHIRAT KITA
WAKAF ANDA AKAN DIMANFAATKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ, PONDOK, INSTITUSI AGAMA DAN MASYARAKAT SELURUH MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI:019-4270639 - Pengerusi
019-4791744 - Setiausaha
019-5137546 - Mudir
Sekian Terima Kasih. Selamat Berwakaf